Rancangan pengajaran harian atas talian adalah
sangat penting dalam era teknologi masa kini. Pelajar boleh mengikuti proses
pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan. Pelajar juga boleh mengakses
semula segala maklumat semasa proses pengajaran dan pembelajaran melalui
internet. Pelajar yang tidak dapat hadir atau yang tinggal jauh dapat mengikuti
proses pembelajaran hanya melalui internet. Maka, dengan penyediaaan rancangan
pengajaran yang lengkap dan baik adalah sangat penting sebelum sesuatu
pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
Sebelum menyediakan sesuatu
rancangan pengajaran harian, guru perlu memastikan terlebih dahulu kelas yang
akan diajar, masa yang diperuntukkan, tema, unit dan tajuk. Seterusnya guru
perlu memastikan apakah fokus utama, fokus sampingan, pengisian kurikulum dan
objektif pengajaran dan pembelajaran
yang hendak dicapai. Proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah merangkumi
set induksi, langkah-langkah beserta dengan masa yang diperuntukkan dan
diakhiri dengan aktiviti penutup dan refleksi. Penyediaan bahan bantu mengajar,
lembaran kerja, gambar serta video yang berkaitan adalah sangat penting dan
perlu menarik minat dan perhatian pelajar. Setelah lengkap, guru perlu upload
kesemuanya di atas talian.
Guru-guru yang mahu mengetahui hasil
usaha saya boleh melayari blog saya sulaimanas.blogspot.com. Guru-guru
juga dialu-alukan untuk memberikan sebarang komen bagi penambahbaikan modul
ini.
Saya berharap blog saya ini, dapatlah dikongsi
bersama dan boleh diaplikasikan untuk menambahbaik pengajaran dan pembelajaran
kita. Modul Pengajaran dan Pembelajaran di atas talian juga sangat
menyeronokkan dan berkesan seperti pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.
Diharapkan juga murid-murid lebih fokus, seronok dan akhirnya dapat menguasai
setiap kemahiran yang disampaikan oleh guru.