Dikuasakan oleh Blogger.
RSS

Pengenalan



Rancangan pengajaran harian atas talian adalah sangat penting dalam era teknologi masa kini. Pelajar boleh mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan. Pelajar juga boleh mengakses semula segala maklumat semasa proses pengajaran dan pembelajaran melalui internet. Pelajar yang tidak dapat hadir atau yang tinggal jauh dapat mengikuti proses pembelajaran hanya melalui internet. Maka, dengan penyediaaan rancangan pengajaran yang lengkap dan baik adalah sangat penting sebelum sesuatu pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
           Sebelum menyediakan sesuatu rancangan pengajaran harian, guru perlu memastikan terlebih dahulu kelas yang akan diajar, masa yang diperuntukkan, tema, unit dan tajuk. Seterusnya guru perlu memastikan apakah fokus utama, fokus sampingan, pengisian kurikulum dan objektif pengajaran  dan pembelajaran yang hendak dicapai. Proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah merangkumi set induksi, langkah-langkah beserta dengan masa yang diperuntukkan dan diakhiri dengan aktiviti penutup dan refleksi. Penyediaan bahan bantu mengajar, lembaran kerja, gambar serta video yang berkaitan adalah sangat penting dan perlu menarik minat dan perhatian pelajar. Setelah lengkap, guru perlu upload kesemuanya di atas talian.
        Guru-guru yang mahu mengetahui hasil usaha saya boleh melayari blog saya sulaimanas.blogspot.com. Guru-guru juga dialu-alukan untuk memberikan sebarang komen bagi penambahbaikan modul ini.
         Saya berharap blog saya ini, dapatlah dikongsi bersama dan boleh diaplikasikan untuk menambahbaik pengajaran dan pembelajaran kita. Modul Pengajaran dan Pembelajaran di atas talian juga sangat menyeronokkan dan berkesan seperti pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Diharapkan juga murid-murid lebih fokus, seronok dan akhirnya dapat menguasai setiap kemahiran yang disampaikan oleh guru.

  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan